RM50 SEBULAN PUN BOLEH
RM50 SEBULAN PUN BOLEH BELI INSURANS TAKAFUL
1. Dengan RM50 sebulan boleh dapat Insurans Takaful yang memberi manfaat asas. Contoh manfaat asas yang boleh diperolehi dengan nilai tersebut seperti pampasan sakit kritikal, pampasan hilang upaya kekal, pampasan kemalangan dan yang paling penting pampasan kematian.
2. Nama pun manfaat asas, manfaat inilah sepatutnya yang dititik beratkan lebih daripada manfaat yang lain. Tetapi malangnya ramai yang tidak mengambil endah tentang hal ini.
3. Ingat ini pampasan bukan manfaat medical card ya. Pampasan yang boleh diperolehi bukan la ciput mana. Tapi sekurang kurangnya ada la backup jika perkara perkara yang tak disangka sangka tadi terjadi (sakit kritikal, hilang uapaya kekal, kemalangan mahupun kematian). Kita tidak tahu bila akan berlaku.
4. Jika umur muda dan kelas pekerjaan kurang berisiko, dengan RM 50 itu boleh dapat ratusan ribu pampasan. Bayar RM 50 sebulan dapat pampasan RM 300,000. Banyak kan? Boleh juling mata tengok banyak kosong tu.
5. Pilih mana manfaat yang hendak diutamakan. Ramai yang pilih untuk sediakan pampasan kematian dan hilang upaya kekal sebab jika berlaku perkara ini sudah pasti seseorang itu tidak dapat melakukan pekerjaan lagi untuk menjana pendapatan bulanan. Pampasan ni la backup. Instant Cash.
6. Jika sakit kritikal nak buat apa dengan pampasan ni? Orang kata lebih baik sakit berduit dari sakit tak berduit. Bukan apa, sekurang kurangnya dalam kita keadaan sakit nanti, kita tidak menyusahkan orang sekeliling lebih lebih lagi ahli keluarga. Bila sakit sudah pasti kita perlukan duit. nak makan minum, beli susu itu ini, beli supplement, beli pampers dan lain lain keperluan ketika sakit.
7. Jika hilang upaya kekal nak buat apa dengan pampasan ni? Nama pun dah hilang upaya kekal, dengan duit ini boleh la beli alat bantuan atau sokongan. Contohnya, kerusi roda, tongkat, kaki palsu, katil khas pesakit dan lain lain alatan. Nak beli ini semua bukan murah murah, makan ribu ribu juga. Lebih dari pampasan tu boleh la guna untuk sara hidup. Walaupun sakit terlentang makan minum tempat tinggal masih diperlukan.
8. Bila meninggal dunia, kita akan tinggalkan semua harta kita kepada waris. Bukan sahaja harta sekali dengan segala hutang pun kita wariskan kepada mereka. Jadi dengan adanya pampasan ini boleh la digunakan oleh waris kita nanti untuk menyelesaikan segala hutang yang kita buat semasa hidup. Ingat,roh orang berhutang tergantung antara langit dan bumi. Tu belum cerita hutang dengan member.
9. Untuk manfaat pampasan ini sebaiknya dibuat dengan lebih terperinci (ambil kira semua faktor seperti aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan) dan dikemaskini dari masa ke masa, tahun ke tahun sebab setiap tahun pastinya keperluan dan kehendak bertambah.
Untuk cadangan, adalah lebih baik nilainya dibuat sama dengan 1 tahun pendapatan atau bersamaan dengan 10 tahun pendapatan seseorang.
Cara nak kira ini formula dia,
Nilai Pampasan = Gaji Bulanan X 12 Bulan X 10 tahun
10. Dengan bayaran RM50 sebulan untuk pampasan yang beratus ribu itu boleh la dihibahkan kepada isteri isteri dan anak anak. kalau nak tahu apa itu hibah boleh baca sini Hibah No 1 Rakyat Malaysia
Semoga ilmu yang disampaikan ini dapat memberi panduan dan manfaat buat pembaca.