INFO ASAS : KELEBIHAN MANFAAT HIBAH TAKAFUL

KELEBIHAN MANFAAT HIBAT TAKAFUL



Sebelum saya kongsikan kepada semua pembaca berkenaan kelebihan manfaat hibah, suka saya ingin jelaskan dahulu maksud atau asas sebenar kepada hibah.

Sumber carian umum di laman web milik DBP


Secara ringkas untuk mudah faham.

1. Hibah ini dari segi bahasa bermaksud pemberian hak (harta) secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan yang baik atau memberi pada masa si pemberi masih hidup atau memberi sesuatu yang boleh dimaksudkan sebagai hadiah. Disini saya simpulkan hibah sebagai pemberian hadiah daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada balasan.

2. Dari segi Takaful pula, konsep hibah ini digunakan sebagai satu kaedah agihan pampasan kematian orang (Klien) yang meninggal dunia kepada waris atau individu atau organisasi tertentu. Mengikut penamaan yang telah dibuat oleh pelanggan. 

3. Untuk pengetahuan pembaca, penamaan untuk manfaat kematian (Takaful) boleh dibuat dengan memilih samada, i. Penama Perlantikan Wasi (Pelaksana), atau ii. Penama Benefisiari di bawah Hibah Bersyarat (Penerima hibah).


Apakah beza antara keduanya? 

Jika Penama Perlantikan Wasi (Pelaksana), duit pampasan yang diterima oleh penama tersebut bukanlah hak mutlak penerima (penama wasi). Sebaliknya penerima tadi adalah sebagai pelaksana sahaja dan perlu menguruskan duit pampasan tersebut untuk diagihkan mengikut proses faraid. Penerima di bawah wasi adalah orang yang akan membuat tuntutan di syarikat Takaful dan berbincang dengan waris untuk tindakan selanjutnya. 

Jika Penama Benefisiari di bawah Hibah Bersyarat pula, duit pampasan yang diterima adalah hak mutlak penerima Hibah (penama Hibah Bersyarat) dan tidak perlu melalui proses faraid. Ini kerana semasa hayat di mati, dia telah berniat untuk menghibahkan pampasan tersebut kepada individu atau organisasi yang dihajatinya.

4. Untuk mana mana pelan Takaful, pampasan kematian yang ada boleh dihibahkan. Ini kerana kebanyakan pelan Takaful sememangnya disertakan dengan manfaat pampasan kematian. 


Contoh Borang Penamaan Takaful


KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL

1. Kita sedia maklum berdasarkan kepada pengalaman dan kes kes yang ada, proses untuk pembahagian faraid untuk harta pusaka tidak kira hartanah atau pun wang ringgit perlu melalui banyak saluran dan ia mungkin mengambil masa yang lama, sedangkan waris waris yang ditinggalkan seperti isteri dan anak anak mungkin memerlukan sumber kewangan dengan kadar segera pada ketika itu. Apabila hibah Takaful diperkenalkan, ia dengan harapan dapat memberi penyelesaian kepada isu isu yang mungkin bakal timbul apabila pembahagian faraid kelak

2. Pada masa sekarang, banyak isu yang timbul dalam proses pembahagian harta pusaka iaitu faraid, ada yang berpendapat kadar yang ada dalam faraid itu tidak adil dan sebagainya. Ada waris yang sampai bergaduh dan lupa tanggungjawab, ada juga juga yang sampai bermasam muka di kalangan ahli keluarga. Tetapi ramai yang tidak tahu atau alpa bahawa setiap bahagian faraid itu didatangkan dengan tanggungjawab yang perlu dibawa selepas itu

Hibah ini boleh dijadikan sebagai alternatif penyelesaian yang terbaik yang boleh disediakan semasa hidup kerana pemilik harta bebas menghibahkan kepada sesiapa yang dikehendaki dan berapa banyak yang ingin diberikan. Itulah kelebihan hibah Takaful.

3. Jika dibandingkan untuk mencairkan aset tunai, seperti tunai di bank, saham amanah, wang simpanan pekerja dan Takaful, Takaful adalah aset tunai paling mudah dan cepat untuk dicairkan. Maksud dicairkan di sini ialah mudah untuk diperolehi atau dikeluarkan jika nak dibandingkan dengan yang lain tadi. Ini kerana pembayaran pampasan kematian berdasarkan borang penamaan sahaja dan orang yang dinamakan boleh terus mulakan proses membuat tuntutan di syarikat Takaful. 

4. Setiap perkara yang wujud sudah tentu ia didatangkan dengan kebaikan. Begitu juga dengan hibah Takaful. Hibah Takaful atau hibah ini bukanlah untuk menidakan atau membelakangkan hukum faraid, tetapi ia adalah sebagai satu kaedah untuk memudahkan di masa akan datang. Hibah juga merupakan salah satu kaedah pengagihan harta atau perancangan harta menurut undang undang Islam selain faraid dan wasiat

5. Jika kelak anda ingin memberikan sesuatu kepada mereka yang tertentu sahaja contohnya isteri, anak anak, ibu atau ayah, maka hibah adalah pilihan yang boleh difikirkan kerana ia memudahkan buat waris anda. 



SEBAHAGIAN IDEA LAIN UNTUK HIBAH TAKAFUL

Adapun jika kita faham maksud hibah ini sebanarnya adalah hadiah, ada juga yang mengambil idea hibah Takaful sebagai satu penyelesaian. 

1. Ada yang mencadangkan supaya hibah Takaful digunakan sebagai penyelesaian hutang. Contohnya,suami memberi hibah Takaful kepada isteri. Sekiranya berlaku kematian suami, si suami meminta si isteri menyelesaikan hutang yang ditinggalkan menggunakan wang pampasan kematian yang dihibahkan tadi. 

Bagi saya kurang praktikal sebab sudah lari dari maksud hibah sebenar. Keduanya adakah dengan wang pampasan kematian tadi cukup untuk menyelesaikan semua hutang? Jika idea ini ada sekalipun, diharap ini hanyalah persetujuan di antara pemberi dan penerima hibah tadi semasa hidup. 

2. Supaya waris yang ditinggalkan, iaitu isteri dan anak anak boleh meneruskan hidup seperti biasa walaupun sudah ketiadaan suami atau bapa mereka. Sudah pasti setiap kematian pasti akan ada waris yang ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan. Lihat sahaja yang ada di TV, media sosial, surat khabar dan lain lain saluran media yang ada. 

3. Supaya isteri dan sesiapa sahaja yang ditinggalkan masih ada masa bagi merancang kehidupan selepasnya. Suami sudah tiada lagi, bermaksud sumber kewangan keluarga juga kurang atau hilang atau tiada langsung. 

4. Setiap kematian akan membawa kepada perubahan emosi. Isteri yang kematian suami tidak mengalami kemurungan gangguan emosi berpanjangan kerana terpaksa memikirkan tempat bergantung harap. Ramai isteri yang kematian suami terpaksa bekerja semula. Ramai juga yang merancang mencari pasangan baru untuk meneruskan hidup dan ramai juga yang pulang ke pangkuan ibu bapa sendiri. 

5. Hibah yang mana 100% bahagian boleh dihadiahkan teruss kepada isteri atau sesiapa sahaja yang diingini tanpa perlu dibahagikan seperti mana harta pusaka yang perlu dibahagikan melalui proses faraid. 

6. Pendidikan anak anak dapat diteruskan sehingga peringkat tertinggi tanpa perlu dihantar/diasuh di rumah rumah kebajikan rumah anak yatim. Ada juga yang terpaksa dihantar kepada keluarga terdekat. Biarlah anak anak itu bersama ibu mereka sendiri atau penjaga yang hak. 

7. Waris iaitu keluarga boleh menguruskan dan menyelesaikan segala hutang si mati(Ini sebagai idea sahaja, tetapi bergantung kepada perbincangan pemberi dan penerima hibah semasa hidup). 


Hari penyerahan cek pampasan hampir RM400,000 kepada waris pelanggan.


Sumber keratan akhbar Mingguan Perdana.



Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan kepada pembaca tentang konsep hibah yang sebenar. Selain daripada itu, dapat membantu pembaca membuat keputusan samada untuk menggunakan penamaa wasi atau penamaan benefisiari di bawah hibah bersyarat.

Boleh klik dan baca lagi di Hibah Terbaik Malaysia



KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON HIBAH TAKAFUL