INFO ASAS : APA ITU TAKAFUL?

APA ITU TAKAFUL


Takaful merupakan satu konsep yang berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut :
  1. berkongsi Tanggungjawab
  2. Bekerjasama
  3. dan saling membantu menjaga kepentingan bersama
Setiap peserta(Pemegang Polisi) menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu antara satu sama lain pada masa yang diperlukan kelak.

POLISI BERKAITAN PELABURAN (ILP)

Selaras dengan perubahan dan keperluan semasa, kini telah banyak Syarikat pengendali TAKAFUL memasarkan Pelan Polisi Berkaitan Pelaburan atau lebih dikenali dengan Investment Link Policy(ILP).

Ia merupakan satu pelan TAKAFUL keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah.

Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah sendiri yang memantau pelaburan dan operasi syarikat Pengendali TAKAFUL.

Komprehensif
Pelan yang lengkap dan terdiri daripada tiga ciri iaitu :
  1. PERLINDUNGAN PAMPASAN
  2. PERLINDUNGAN PERUBATAN dan
  3. PELABURAN.
Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walaupun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

Pulangan pelaburan yang tinggi

Menyediakan dana-dana pelaburan untuk memastikan pulangan pelaburan untuk jangka masa panjang.

Boleh baca lagi dekat sini berkaitan Takaful Insurans

Jika berminat untuk tahu berkaitan Hibah Terbaik Malaysia