PILIHAN BAIK
Manfaat medical card boleh Jadi satu KEPERLUAN. Walaupun begitu keutamaan kepada manfaat lain juga perlu diberi perhatian.
Kebanyakan daripada kita jika berhadapan dengan situasi yang memerlukan duit kecemasan antara jalan yang akan difikirkan dahulu ialah :
1. Jual harta benda bernilai seperti rumah, emas atau
2. Keluaran simpanan yang ada di Tabung Haji, ASB atau
3. Pinjaman daripada adik beradik atau saudara mara atau
4. Meminta ehsan dari orang lain selain daripada kalangan ahli keluarga.
Tidak salah dengan 4 contoh jalan penyelesaian di atas. Persolannya berapa lama atau berapa mudah untuk ia diperolehi? Jika nak dibandingkan dengan rawatan yang perlu dilakukan dengan kadar segera untuk mengelak masalah atau komplikasi lain yang mungkin berlaku jika rawatan lambat dilakukan.
Kita sediakan medical card bukan untuk sakit tapi untuk persiapan jika berlaku sebarang perkara yang tak disangka oleh akal. Terutama sekali jika keadaan yang memerlukan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Bukan sahaja untuk mendapat rawatan lanjut, malah untuk mengelak keadaan sakit yang mungkin akan lebih teruk jika dibiarkan lama tanpa menerima rawatan.
Sama juga dengan kata sediakan payung sebelum hujan. Tidak salah berhujan tetapi jika basah kuyup serta menjejaskan lagi kesihatan serta barangan yang di bawa, bukankah itu akan merugikan kita.