INFO ASAS : TEMPOH MENUNGGU DALAM TAKAFUL INSURANS

MESTI TUNGGU 120 HARI SELEPAS LULUS



Contoh jadual tempoh menunggu Takaful Insurans. 


Ramai tidak tahu tentang perkara ini. Boleh dikatakan semua pelan perlindungan Takaful Insurans mempunyai terma dan syarat salah satunya tempoh menunggu. Hal ini ada dinyatakan di bahagian terma dan syarat atau bahagian pengecualian polisi Takaful Insurans.


APA ITU TEMPOH MENUNGGU(WAITING PERIOD)?

Tempoh menunggu ini adalah satu jangka masa yang ditetapkan oleh pihak Takaful Insurans sebagai salah satu syarat sebelum sesuatu manfaat dalam polisi itu dikuatkuasakan atau boleh digunakan atau mendapat perlindungan sepenuhnya.

Secara mudahnya sebagai contoh, tempoh menunggu ini bermaksud sekiranya permohonan Takaful Insurans anda diluluskan, tuan puan perlu menunggu selama 120 hari atau bersamaan lebih kurang 4 bulan akan datang baru 'medical card' tuan puan boleh digunakan sepenuhnya di hospital-hospital panel pihak Takaful Insurans.

Katakan Takaful Insurans anda DILULUSKAN pada 01.01.20##. Ini bermakna 'medical card' tersebut boleh digunakan pada atau bermula 01.05.20##. Iaitu selepas 120 hari dari tarikh polisi Takaful Insurans anda diluluskan.

Seperti dalam jadual di atas, perlindungan Takaful Insurans berkaitan kemalangan akan berkuatkuasa serta merta selepas polisi diluluskan. Contoh lain, perlindungan Takaful Insurans berkaitan penyakit kritikal hanya akan berkuatkuasa selepas 60 hari tempoh menunggu dari polisi diluluskan.


APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU MUSIBAH DALAM TEMPOH MENUNGGU?

Sekiranya terjadi insiden-insiden atau penyakit-penyakit tertentu di dalam tempoh menunggu tersebut, pihak Takaful Insurans tidak akan melindungi penyakit tersebut dan ada kemungkinan penyakit tersebut terus tidak akan dilindungi selama-lamanya walaupun sudah melepasi 120 hari tempoh menunggu. Bergantung kepada laporan perubatan. Bergantung juga kepada jenis penyakit. Semuanya akan dinilai semula oleh pihak Takaful Insurans sekiranya perlu ada perubahan kepada terma dan syarat kelak. 

Pihak Takaful Insurans juga berhak untuk menilai semula polisi tuan puan jika sesuatu berlaku dalam tempoh menunggu.

Namun begitu, walaupun sudah melepasi tempoh menunggu 120 hari, perlu berhati hati jika ia melibatkan penyakit tertentu.


APAKAH TUJUAN TEMPOH MENUNGGU?

Salah satu tujuannya adalah untuk mengelakkan pemohon daripada menyembunyikan fakta-fakta tahap kesihatan diri di dalam borang Takaful Insurans.


KENAPA KEMALANGAN DILINDUNGI SERTA MERTA?

Untuk kes kemalangan, perlindungan berkuatkuasa serta merta apabila permohonan Takaful Insurans telah diluluskan. Maksudnya Takaful Insurans akan memberi perlindungan serta merta selepas permohonan anda diluluskan hanya untuk kes yang melibatkan kemalangan sahaja. Ini kerana kemalangan adalah sesuatu yang diluar jangka yang boleh berlaku pada bila bila masa. Berbanding dengan penyakit, ia melibat proses pembentukan yang mengambil masa. Untuk kes selain kemalangan perlu mengikut terma dan syarat tempoh menunggu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempoh menunggu ini, boleh hubungi saya untuk penjelasan lebih. 

Klik Untuk Tanya Waiting Period



Banyak lagi info Takaful Insurans