DEMAM DAN TONSIL
Hujung bulan Julai yang lalu 28 Julai 2015, seorang klien saya (perempuan) telah menjalani pembedahan bagi membuang kedua dua tonsil kiri dan kanan. Pembedahan telah dilakukan di Hospital Columbia Puchong.
Segala kos pembedahan berjumlah RM 7,464.15 telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans tempat beliau bekerja. Sememangnya klien sendiri bercadang tidak mahu menggunakan personal insurans yang diambilnya melalui saya.
Walaugamanapun klien masih boleh membuat tuntutan elaun hospital (2 hari) dan juga elaun pembedahan berjumlah RM600 ++.
Siapa sangka demam yang kita anggap biasa itu, rupa rupanya jangkitan pada tonsil sehingga ke tahap ia perlu dibuang. Klien sendiri tidak menyangka.
Dua bulan sebelum pembedahan dilakukan, klien sendiri telah merujuk kepada doktor di klinik. Merujuk ke klinik dengan sebab demam yang tidak pulih pulih serta sakit tekak yang berlarutan. Kadang kala demamnya pula sentiasa turun naik. Hampir tidak mampu makan serta bercakap. Selepas menerima rawatan ubatan dari klinik tersebut, demamnya masih tidak pulih dan sakit tekaknya juga tidak beransur reda. Malah sakit tekaknya teramat sangat. Akhirnya doktor di klinik tersebut mencadangkan agar klien dirujuk ke hospital pakar untuk berjumpa dengan Pakar ENT.
Selepas mendapat konsultasi Doktor Pakar ENT di Hospital Columbia Puchong, doktor yang merawat mencadangkan supaya pembedahan bagi membuang kedua dua tonsil kiri dan kanan dilakukan kerana sudah semakin teruk akibat jangkitan yang sudah lama. Lagi ia sudah tidak mampu untuk pulih dengan ubatan doktor.
Alhamdulillah, klien sudah semakin sihat selepas pembedahan dilakukan.
Dapatkan medical card Klik Sekarang
Boleh baca info lain Info Takaful Insurans
Boleh baca juga Hibah Terbaik Malaysia