"DUIT TAK BAWA KE MANA, TAK BAWA KE MATI"
10 perkara merancang kewangan berkaitan Takaful Insurans yang bila mana boleh kita fikirkan semula sebelum menyatakan ''duit tak bawa ke mana, tak bawa ke mati".
Bila kita bercerita mengenai Insurans Takaful (salah satu elemen dalam merancang kewangan) ramai yang seolah olah mengelak. Katanya "duit tak bawa ke mana, tak bawa ke mati". Setiap orang mempunyai pandangan masing masing dan kita patut meraikannya dan tidak ada salah silapnya. Namun ilmu kewangan asas itu perlu dipelajari, difahami dan dijadikan panduan dalam kehidupan kita setiap hari selagi mana kita berurusan dengan wang ringgit.
1. Mati bunuh diri sekalipun paling paling tidak kos pengurusn jenazah dalam lingkungan RM1,000 ke RM2,000. Tak tahu la kalau ada yang lagi murah. Sebab itu setiap kawasan ada program Khairat Kematian. Tabung Khairat Kematian ini untuk apa? untuk menampung kos pengkebumian jenazah. Paling tidak bila kita meninggal tinggalkan sedikit tunai untuk belanja mengurus jenazah. Sebab itu merancang kewangan itu bukan boleh dibuat suka suka.
2. Nak pergi tunaikan ibadah Umrah sekali pun kos paling minimum perlu ada dalam tangan RM 10,000. Itu tak termasuk lagi lain lain kos perbelanjaan di sana. Itu pun guna duit. Kos tiket kapal terbang, hotel, makan minum semua menggunakan duit. Sebab itu ramai orang menyimpan sedikit sedikit untuk tunaikan umrah. Perlu merancang kewangan untuk menyimpan, kalau tidak dari mana datangnya duit menyimpan tadi.
3. Nak pergi tunaikan Ibadah haji kos perbelanjaan paling kurang kena sediakan RM15,000. Itu pun sudah ada subsidi. Imam imam masjid yang ditaja untuk tunaikan ibadah haji juga bukan ditaja kosong. Mesti ada pihak yang keluarkan kos. Kos itu duit la. Pihak yang menaja juga sudah tentu merancang kewangan lebih lama. Berapa ramai yang nak ditaja, kelengkapan semua berapa untuk setiap jemaah. itu semua perlukan perancangan kewangan yang teliti. Paling tidak pun pihak yang menaja perlu fikirkan untuk macam mana nak dapatkan wang tajaan.
4. Nak sedekah ke anak yatim fakir miskin pun kena keluarkan duit. Nak sedekah beras sekalipun kena keluarkan duit. Kalau tak mana nak dapat semua barangan tu. Nak sedekah berapa tunai atau barangan tu pun kena rancang kewangan baru tahu apa boleh beli dengan peruntukan yang ada.
5. Pergi masjid surau nak sedekah dekat tabung tabung sekalipun mestilah keluarkan duit. Masjid surau pun kena bayar bil air dan elektrik. Sebab itu ada sesetengah masjid surau ada letakkan signboard "Tolong jimatkan air" dan "Sila matikan suis lampu dan kipas jika anda orang terakhir". Kalau tak pening AJK masjid surau fikir cara nak bayar bil tu semua. Mereka pun kena rancang segala dana yang dapat dari awam atau badan kerajaan. itu pun merancang kewangan juga.
6. Anak nak pergi sekolah pun nak guna duit. Buat belanja, tambang bas beli buku dan lain lain. Jangan merungut kalau mereka minta duit untuk pandai. Budak budak dulu boleh lah kutip tin tin kosong jual dekat besi buruk. Budak sekarang masa mereka terhad. Bila melibatkan persekolah anak anak jangan sesekali berkompromi dalam usaha nak memandaikan mereka. Jika perlu tuisyenkan mereka, keluarkan duit dan hantar. Jika mereka nak buku rujukan, keluarkan duit dan beli. Itu semua perlu perancangan kewangan yang baik.
7. Bulan bulan nak kena bayar segala hutang. Hutang dengan bank pun guna duit bukan bayar dengan kertas. Sekarang ini sudah maju, duit sebagai perantara. Bukan zaman sistem barter lagi. Kalau bank call kutip hutang, jawablah la panggilan. Jangan lari. Jangan tukar no telefon. Jangan sampai terima panggilan Ilahi. Orang berhutang tak masuk syurga. Duit lagi. Pening. Rancang kewangan anda supaya bank tak call dan boleh bayar hutang on time.
8. Nak guna wifi kedai mamak sekalipun kena keluarkan duit. Paling tidak kena order teh tarik. Kalau tak memang dia akan off wifi itu sebab dia tau kau datang nak guna wifi percuma. Lepas itu kau maki hamun ''apa la kedai ni tulis je ada wifi, tapi bagi alasan wifi rosak''..hahahaha...
Lagi nak cakap wifi free ke macam tu. Ingat setiap yang free tu mesti ada kos kos tersembunyi yang perlu dibayar. Kalau selalu lepak mamak pastikan rancang kewangan dengan betul. Bila banyak minum teh tarik silap silap kencing manis.
9. Pagi pagi beli nasi lemak minta sambal lebih pun kena caj lebih lima puluh sen. Lepas itu complain "Apa la kedai ni, minta sambal lebih pun kena caj". Esok kau pergi juga beli lagi. Tak serik serik kena caj lebih sebab sambal sedap punya pasal. Baru kau tahu nak makan sedap pun kena keluar duit lebih tahu. Rancanglah kewangan tu.
10. Kalau nak senaraikan, rasanya banyak lagi ini. Cukup sekadar itu. Nanti dah macam mengarut pula.Fikir fikirlah sendiri.
Makin besar periuk makin besar keraknya. Banyak perkara mudah kita ambil mudah. Tapi jika ia tidak dirancang, perkara mudah tadi akan menjadi susah dan menyusahkan.
Saya tawarkan Insurans Takaful RM50 sebulan dengan jaminan tabungan dana kecemasa RM100,000. Ini sebagai backup income. Kalau meninggal dunia esok keluarga dah ada backup RM100,000, tak perlu minta sedekah atau meraih simpati ramai. Syarat gaji min RM2,500 kebawah. Saya pilih yang layak di hati saya. Boleh Duit RM50 Tak Bawa Ke Mati jika ada RM50.
Banyak lagi info Takaful Insurans
Boleh Baca berkaitan Hibah Terbaik Malaysia