CLAIM : BAPA JIMAT HAMPIR TIGA RIBU

BAPA JIMAT HAMPIR TIGA RIBU



'Initial GL' yang dikeluarkan oleh PruBSN untuk kemasukan ke hospital.

Pada 29.08.2015(Sabtu), seorang anak klien saya telah dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya. Selepas menjalani rawatan pemeriksaan di hospital berkenaan, doktor mencadangkan supaya anak beliau ditahan di wad untuk menerima rawatan selanjutnya kerana disyaki 'viral fever'.

Sebelum dirujuk ke hospital tersebut, beliau telah pergi ke 2 klinik harian. Namun tiada apa apa perubahan yang menunjukan ia semakin sihat. Malah demamnya tidak menentu.




Mengikut kepada rekod saya, polisi anak ini telah lulus pada 30.04.2015 dan jika dihitung usia polisi insuransnya hanya baru 4 bulan. Dengan mencarum RM110 sebulan. Ini bermakna sehingga 31.08.2015, beliau baru sahaja mencarum sebanyak RM440 (RM110 x 4 bulan).

Anak ini telah menerima rawatan di hospital berkenaan selama 4 hari 3 malam. Jumlah kos rawatan yang telah dibilkan oleh pihak hospital adalah sebanyak RM2,917.78. Dan bil tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN.

Mungkin jumlah itu bagi sesetengah orang, ia sedikit. Mungkin juga jumlah itu bersamaan dengan gaji sebulan.


'Final GL' untuk pelepasan keluar hospital.


Alhamdulillah, rasa bersyukur saya dapat menolong ramai orang.

Merancang memiliki pelan Insurans Takaful bukanlah suatu doa untuk kita sakit atau mati esok hari. Tapi ia adalah sebagai ikhtiar yang boleh kita lakukan sebelum berlaku sebarang musibah ke atas diri kita.

Risiko kesihatan juga merupakan risiko kewangan bagi seseorang.

Siapa boleh sangka kita akan sakit? Tidak ada siapa boleh tahu.


Banyak lagi info lain Boleh Klik Dan Baca Di Sini

Berkaitan Hibah Boleh Klik Dan Baca Di Sini



Nak Jimat Dengan Insurans Takaful