JOM RANCANG : BALU EN AHMAD

BALU EN. AHMAD






1. Jika anda sebagai suami atau bapa, anda hendak jadi seperti siapa, En Ahmad atau Badrul?

2. Jika puan sebagai balu, puan ingin bersuamikan siapa? En Ahmad atau Badrul?



Mengapa anda perlu berusaha keras menyimpan RM100,000 sedangkan anda boleh menjana RM100,000 hanya dengan RM100.

Nilai RM 100 jika dibandingkan dengan RM100,000 ianya baru 0.1% sahaja.

Mengapa nilai RM100,000 ini sangat penting bagi diri anda dan keluarga?

Saya ambil satu kisah realiti hidup. 

Kisah En Ahmad yang berusia 30 tahun, bekerja sebagai kerani sumber manusia dengan gaji RM 2,000 sebulan. Beliau seorang yang mengutamakan kesihatan, sebab itu tidak merokok. Pergi kerja awal pagi dan balik lewat petang, kadangkala sampai lewat malam. Namun beliau sedar akan tanggungjawabnya itu sebagai suami dan ayah kepada anak anak.

Isterinya Zulaiha, 28 juga bekerja sebagai kerani akaun berpendapatan RM 1,500 sebulan. Maklumlah sekarang ini kos sara hidup makin tinggi. Zulaiha bekerja juga demi membantu suaminya, En Ahmad untuk menyara kedua orang anak mereka, Fitri (2 tahun) dan Fatiha (10 bulan). Zulaiha membantu En Ahmad dari segi keperluan anak anak dan sedikit keperluan dapur.

Mereka punyai rumah dan kereta yang dibayar oleh En Ahmad. Bayaran balik rumah yang dibelinya RM 500 sebulan dan kereta yang masih mempunyai pinjaman bank RM 400 sebulan.

Malang tidak berbau, kalau berbau pun tak tau macam mana baunya.

Satu pagi ketika En Ahmad di dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar isterinya, Zulaiha ke pejabat, beliau telah dilanggar oleh sebuah motorsikal dari arah bertentanggan lalu terjatuh dan dilanggar pula oleh sebuah kereta. Ajal maut di tangan Tuhan, En Ahmad tiada lagi. Isterinya terkejut mendengar berita yang diterimanya. Kini dalam masa kurang satu jam selepas Zulaiha selamat dihantar oleh suaminya di pejabat, beliau kini sudah menjadi balu, anak anaknya yang masih kecil yang kini di rumah pengasuh sudah menjadi yatim. Siapa sangka dan siapa boleh duga.

Tidak disangka sangka perancangan mereka dahulu bukanlah sesuatu yang diminta minta tetapi sebagai persediaan. Zulaiha telah menerima pampasan kematian suaminya berjumlah RM200,989.00. RM35,000 digunakan untuk membayar bayaran balik kereta sepenuhnya, sebab Zulaiha fikir ia menjadi 1 keperluan untuk ke sana ke mari. Pinjaman untuk flat yang dibelinya telah juga diselesaikan sebanyak RM50,000. Selain daripada itu Zulaiha juga telah membuka 2 akaun simpanan pendidikan untuk anak mereka Fitri dan Fatiha dengan masing masing RM30,000. Baki pampasan tersebut dalam RM 55,000 digunakan untuk perbelanjaan harian mereka bertiga. Bagi Zulaiha nilai itu cukup untuk menampung perbelanjaan mereka bertiga selama 3 4 tahun akan datang sementara Zulaiha masih bekerja sebagai kerani. Zulaiha juga merancang untuk menunaikan umrah jika Fitri dan Fatiha meningkat besar nanti.

Dalam kesedihan selepas bergelar balu atas kematian suami, Zulaiha bersyukur kerana beliau tidak perlu peningkan kepala dan boleh teruskan hidup seperti biasa walaupun ketiadaan suami teramat dicintainya di sisi. Segala keperluan hidup tidak perlu difikirkan lagi. Rumah telah dibayar habis, geran kereta sudah dimiliki dari bank, keperluan pendidikan anak anak telah tersedia malah keperluan perbelanjaan untuk 3 4 tahun akan datang juga sudah tersedia. Zulaiha tidak merancang untuk berkahwin lain. Namun cinta itu buta.

Setahun yang lalu ketika anaknya Fitri berusia setahun dan Fatihah masih di dalam kandungan, En Ahmad dan Zulaiha telah dikejutkan dengan kematian kawan mereka ketika sama sama belajar di kolej dahulu. Kawan mereka Badrul berkahwin bersama Balqis. Mereka punyai seorang anak Dhia berusia 5 bulan. Kematian Badrul adalah disebabkan oleh kanser. Kematiannya juga telah mengubah hidup Balqis dan Dhia. Tiada apa apa pampasan yang diperolehi Balqis selain hanya wang ehsan majikan Badrul dan sumbangan saudara mara, adik beradik dan orang ramai yang mampu bertahan untuk 1 bulan. Walaupun Balqis bekerja, namun dia tidak mampu meneruskan hidup seperti mana ketika hayat suaminya ada. Sehingga la satu tahap keretanya ditarik oleh pihak bank dan rumahnya dilelong. Balqis dan anaknya Dhia juga telah berpindah ke rumah kedua ibu bapanya di kampung.

Dari kematian kawannya itu membuatkan En Ahmad dan Zulaiha terfikir. Memang benar En Ahmad boleh menjaga kesihatan untuk mengelakkan penyakit dengan tidak merokok, namum bagaimana pula dengan risiko risiko lain seperti kemalangan yang boleh berlaku dimana mana sahaja. Dari kejadian itu juga mereka membuat keputusan untuk menyimpan RM100 setiap bulan ke dalam akaun Takaful atas nama suaminya. Tidak sampai 2 tahun menyimpan di dalam akaun Takaful, En Ahmad telah pergi dahulu meninggalkan Zulaiha, Fitri dan Fatiha.

Berbalik kepada 2 persoalan di atas tadi, saya pasti jawapannya menjurus kepada En Ahmad.

Dalam kehidupan ini pastinya ada masalah. Dan setiap masalah mesti ada jawapan penyelesaiannya. Jika ada 1000 jalan penyelesai sekalipun tanpa ada 1 tindakan daripada anda pastinya masalah tadi tidak dapat diselesaikan.

Pergilah berjumpa dengan mana mana ejen Insurans Takaful yang anda kenal, atau boleh berhubung terus dengan saya di Hussin Ismail 012 621 9502. Dapatkan khidmat nasihat berkaitan pelan seperti mana yang telah diceritakan dalam kisah En Ahmad. Anda tidak akan rugi. Anda mampu mengubah. Usah bertangguh lagi.


**En Ahmad, Zulaiha, Fitri, Fatiha, Badrul, Balqis dan Dhia bukanlah watak sebenar dalam kisah ini. Ini demi menjaga privasi pihak tertentu.

Jika anda ingin tahu berkaitan hibah boleh Klik Hibah Terbaik Malaysia