JOM RANCANG : KENAPA ORANG AMBIL TAKAFUL INSURANS

KENAPA ORANG AMBIL TAKAFUL INSURANS



1. Sebab mereka telah terdidik dengan ILMU pengetahuan tentang kepentingan manfaat Insurans Takaful yang ada walaupun tiada pendidikan formal. Tidak diajar di sekolah mahupun di peringkat lebih tinggi. 

2. Mereka mempunyai kesedaran akan kepentingan Insurans Takaful daripada pengalaman pengalaman di depan mata seperti ada ahli keluarga yang pernah sakit, jirannya meninggal dunia kerana kemalangan, suaminya meninggal tak pernah bagi tahu, anak jatuh basikal salahkan ayah ditempat kerja dan lain lain pengalaman ngeri yang mereka alami.

3. Mereka sedar wallet yang kembung hanya dipenuhi dengan kad kredit yang dah nak habis limit, debit card yang sentiasa susut nilainya, resit resit yang sentiasa menjadi koleksi, dan segala benda yang tidak penting.

4. Mereka ini sedar kerana hutang semakin bertambah contohnya sentiasa bertukar bank untuk mendapatkan pinjaman kereta baru, buat personal loan untuk memenuhi kehendak diri dan lain lain. Tak salah berhutang yang penting pandai lah urus. Roh orang berhutang tergantung antara bumi dan langit. INGAT TU.

5. Isteri yang selama ini suri rumah sepenuh masa, bimbang jika berlaku apa apa terhadap suami yang merupakan pencari nafkah utama keluarga. Mereka gunakan Insurans Takaful sebagai INCOME REPLACEMENT.

6. Mereka yang bergaji serta layak membayar cukai pendapatan. Nak kurangkan cukai menggunakan pengecualian cukai untuk Insurans Takaful. 

TAX RELIEF RM 7,000 + RM 3,000 = RM 10,000


7. Mereka sedar kebanyakkan hospital yang berhampiran dengan tempat tinggal hanyalah HOSPITAL SWASTA. Jika berlaku kecemasan lebih dekat dan mudah.

8. Bekerja bertahun tahun punyalah belagak. Simpanan kecemasan pun tak ada, Jangan kata 6 bulan gaji, sebulan gaji pun tak ada. Sebab itu mereka create EMERGENCY FUND melalui Insurans Takaful. INSTANT CASH. Perkara asas dalam perancangan kewangan.

9. Ada juga yang nak jaga STATUS. Ye la belajar tinggi tinggi takkan lah Insurans Takaful tak ada, tak mampu atau berkira nak bayar. Orang macam ni pun ada. ''Bro aku nak cover tinggi tinggi, berapa min perlu bayar? '' Bayaran min! hahaha aku layankan juga.

10. Yang jenis ini sebab kena PAKSA dengan ejen. dah tak tahan asyik kena approach je. Dah letih call yang naik no ejen, whatsApp yang naik muka ejen lagi. Pening hahahaha. Last last ambil juga.

Tapi orang macam ni bila dah ada pengalaman klaim mesti dia kata macam ni dekat ejen dia,

"Bro,thanks bro. Kalau ko tak paksa aku amik dulu mesti sekarang aku tak dapat nak klaim apa apa. Silap silap simpanan semua habis aku keluarkan. Ni no adik abang kakak kawan dan jiran aku. ko call dorang sekarang. Kalau dorang tak jawab aku bagi alamat rumah dorang."


Sebenarnya banyak lagi saya nak cerita, kalau nak tahu kenapa anda perlu ambil Insurans Takaful ni, klik di sini Kenapa Orang Ambil Takaful Insurans