MILIKI TAKAFUL INSURANS DALAM 5 PERKATA
1. Memiliki Insurans Takaful waktu muda sepatutnya perlu menjadi pilihan NO 1 dalam kita merancang kewangan lebih lebih lagi apabila sudah mula menjejakkan kaki di alam pekerjaan. Namun ramai anak muda kurang mengambil berat hal Insurans Takaful ini mungkin disebabkan oleh tiada pendidikan formal atau mata pelajaran khusus yang di ajar di sekolah mahupun kolej dan universiti.
2. Kerana di usia muda atau di awal awal alam pekerjaan, biasanya golongan ini masih kurang komitmen kewangan jika nak dibandingkan selepas beberapa tahun berkerja atau fasa selepas berkahwin.
3. Jika disebut berkenaan bayaran premium, ambil ketika usia muda premiumnya agak murah jika nak dibandingkan ambil bila sudah usia 30 tahun keatas. Sebab faktor umur juga diambil kira dalam pengiraan premium bulanan. Kata orang makin berumur makin senang kena penyakit. Tak juga sebab ada yang usia muda sudah macam macam penyakit.
4. Orang muda lebih sihat berbanding yang berusia. Dari segi kesihatan kebanyakkan orang muda sihat sihat dan belum ada sebarang rekod atau sejarah kesihatan. Orang lama sudah terlebih makan garam.
5. Ambil diusia muda perlindungan lebih tinggi dan meluas. Dan pengecualian terhadap penyakit penyakit tertentu dapat dikurangkan. Pilihan untuk memiliki Insurans Takaful diusia muda juga lebih banyak.
6. Jika ia melibatkan pelan yang mempunya ciri ciri pelaburan, ambil diusia muda sangat bermanfaat. Kerana nilai Cash Value akan lebih tinggi di masa akan datang. Lebih lama mencarum di Insurans Takaful lebih banyak manfaat yang ada.
7. Cash Value (bergantung kepada prestasi dana) yang ada boleh dijadikan sebagai simpanan persaraan kedua selain daripada EPF yang dibuat dari potongan gaji. Malah cash value ini boleh digunakan untuk pelbagai perancangan seperti menunaikan haji, melancong dan lain lain untuk jangka masa panjang.
8.Jika orang muda bilang tiada duit untuk membayar premium bulanan, mereka masih kuat untuk mencari pendapatan sampingan. Sekarang macam macam boleh dilakukan untuk tambah pendapatan. Muda banyak masa dan tenaga.
9 . Dapat mengurangkan beban ibu bapa atau keluarga. Sudah pasti apabila sudah mula bekerja sekurang kurangnya beban terhadap ibu bapa dari segi kewangan yang selama ini menanggung kita dapat dikurangkan. Bantulah mereka dengan mengambil Insurans Takaful peribadi. Biarlah kita sakit sekalipun, mereka dalam keadaan senang dan berlapang dada.
10. Manfaat yang ada boleh dihibahkan kepada ibu bapa. Mungkin kita yang pergi dulu sebelum mereka. Mana tahu. sekurang kurangnya ada sedidkit bekalan yang boleh mereka gunakan.
Banyak lagi info berkaitan dengan Insurans Takaful Di Sini