CLAIM : ANAK CLIENT JATUH LONGKANG DEPAN SEKOLAH

ANAK CLIENT JATUH LONGKANG DEPAN SEKOLAH



WhatsApp daripada client bertanyakan tentang claim.


Pada pagi hari bekernaan, saya telah mendapat satu whatsApp daripada seorang client bertanyakan tentang claim kerana anaknya terjatuh ke dalam longkang di hadapan sekolah.

Untuk kes sebegini, sebagai langkah awal saya menasihatkan client untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik atau hospital berdekatan.

Bagi kes kemalangan kecil seperti ini, rawatan awal mesti diperolehi dalam masa 48 jam dari masa kejadian samada di klinik atau hospital. Hal ini memang ada dinyatakan di dalam polisi Insurans Takaful berkaitan manfaat kemalangan.


Keadaan kaki yang cedera. Sedikit pendarahan kecil dan bengkak.


Untuk kes kemalangan sebegini yang boleh saya klasifikasikan sebagai kemalangan kecil, client boleh rujuk dahulu samada ke klinik atau hospital sebagai rawatan pesakit luar. Kes kemalangan yang tidak memerlukan kemasukan ke hospital atau menerima rawatan di dalam wad bermalam, cara claim Insurans Takaful adalah melalui 'Pay and Claim', bayar dahulu dan claim kemudian.


Proses untuk membuat claim kemalangan ini adalah seperti berikut.
  1. Berlakunya kemalangan.
  2. Client dapatkan rawatan pertama di klinik atau hospital dalam masa 48 jam.
  3. Selepas rawatan, client bayar dahulu dan minta doctor buatkan endorsement ke atas original resit.
  4. Client serahkan original resit berkenaan kepada ejen.
  5. Ejen akan membuat claim dengan syarikat Insurans Takaful.
  6. Selepas syarikat Insurans Takaful menilai claim berkenaan, duit claim akan dimasukkan ke dalam account client.
  7. Selesai.
*Untuk proses tuntutan sebegini "Pay & Claim Basis", Biasanya syarikat Takaful Insurans akan mengambil masa lebih kurang 14 hari bekerja untuk proses dan paling awal 7 hari. 

Saya telah megingatkan client supaya meminta doctor yang merawat di klinik untuk membuat endorsement ke atas resit. Antara perkara yang perlu dinyatakan ialah sebab, jenis rawatan, ubat, sign dan chop doctor. Ini adalah bagi memudahkan urusan claim dengan syarikat Insurans Takaful.


Caj rawatan di klinik RM23.80

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan kepada pembaca tentang proses sesuatu claim itu dilakukan. Selain daripada itu, sekurangnya dapat menambah pengetahuan pembaca tentang jenis claim kemalangan yang boleh dibuat.

Semoga bermafaat.