INFO ASAS : FAHAM SETIAP MANFAAT

FAHAM SETIAP MANFAAT 


JOM MOHON TAKAFUL INSURANS SEKARANG
KLIK : NAK APPLY TAKAFUL INSURANS



Saya selalu didatangi oleh ramai orang. 

''En Hussin, saya tak tahu la insurans ni macam mana?"


"Hussin, aku nak claim sebab demam masuk hospital. Tapi bila aku call bank (ambil insurans dari telemarketing) dorang kata tak cover sebab yang aku ambil tu PA. Pening aku sekarang ni''


"En Hussin, medical card saya cover seratus ribu setahun, Sekarang saya dah disahkan ada penyakit ktitikal, berapa pampasan saya boleh dapat dari medical card?


Itu adalah kekeliruan atau persoalan yang sering saya terima dari ramai orang setiap kali mereka berjumpa dengan saya. Walaupun ada diantara mereka sudah mempunyai polisi Takaful Insurans dengan ejen/ syarikat lain, namun mereka masih mencari jawapan untuk kepastian. 




Untuk kali ini saya akan terangkan secara ringkas tentang manfaat yang ada dalam sesuatu polisi Takaful Insurans dan manfaat sesuatu polisi. Penerangan saya ini juga diharap dapat membantu para pembaca yang sedang merancang untuk memohon perlindungan Takaful Insurans di luar sana.


Saya pecahkan kepada 3 bahagian ringkas untuk penerangan kali ini.

1. Manfaat Medical card

2. Manfaat Pampasan

3. Polisi PA


Biasa kita dengar medical card. Pergi mana mana pun ramai sahaja ejen Takaful Insurans yang akan promote medical card. Dan tak dinafikan juga ramai orang di luar sana yang mencari medical card. 

Tapi, medical card ni apa sebenarnya?

Medical card adalah salah satu manfaat yang boleh anda pertimbangkan sekiranya ingin memohon Takaful Insurans. Medical card akan memberi perlindungan sekiranya anda perlu dari segi perubatan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan di sana. 

Dimasukkan ke hospital ni sama ada disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Manfaat yang ada di dalam medical card akan menanggung kos perubatan dan di hospital berpandukan plan medical card yang anda ambil. 

Contohnya, katakan anda perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan disebabkan kemalangan atau penyakit, dengan adanya manfaat medical card ini, anda tidak perlu bimbang lagi kerana sekiranya memenuhi syarat tuntutan, kos perubatan di hospital akan dibiayai oleh pihak Takaful Insurans. 

Manfaat medical card, semua kos perubatan yang layak ditanggung oleh syarikat Takaful Insurans akan di bayar terus kepada pihak hospital (cashless).


Sepanjang saya terlibat di dalam bidang Takaful Insurans ini tidak dinafikan memang terlalu ramai orang seolah olah tidak mengambil berat hal pampasan ini. Bagi saya mungkin kurangnya penerangan sebab ramai orang terlalu fokus kepada medical card.


Dengan duit pampasan ini la kita boleh merancang untuk digunakan supaya dapat teruskan hidup, sementara kita merancang apa perlu dibuat untuk akan datang. 

Pampasan terlalu luas dan pelbagai. Pampasan jika kita hendak faham ia adalah satu jumlah wang yang diberikan kepada pelanggan Takaful Insurans atau waris secara sekaligus atau berperingkat. 

Pampasan ini boleh la kita guna untuk teruskan hibup selepas ditimpa musibah. Contohnya jika sudah hilang upaya sudah pasti kita tidak dapat bekerja. Bila sudah tidak bekerja, pastinya kita hilang punca pendapatan. Bila gaji semua dah tak ada, bagaimana dengan makan minum, anak anak, rumah dan keperluan untuk masa akan datang?


Secara asas di dalam sesuatu polisi Takaful Insurans akan ada manfaat asas (Basic Benefit). Basic benefit ini akan melindungi 2 kejadian ke atas pelanggan iaitu jika berlaku hilang upaya kekal atau berlaku kematian. 

Contohnya. Jika berlaku kematian, syarikat insurans akan memberi pampasan kematian kepada waris. Pampasan ini akan dibayar sekaligus. 


Pampasan lain yang ada. 

i. Pampasan sakit kritikal - pelanggan akan dapat wang pampasan sekaligus sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal. 

ii. Pampasan Kemalangan - pelanggan atau waris akan mendapat pampasan jika sesuatu musibah yang menimpa disebabkan oleh kemalangan. Pampasan yang diberikan mungkin disebabkan kerana kematian, hilang upaya kekal, hilang anggota badan, cuti tanpa gaji dan lain lain berdasarkan terma dan syarat pampasan kemalangan. 

iii. Pampasan Sakit Perempuan - pampasan diberikan untuk melindungi beberapa sakit berkaitan perempuan yang mana sakit ini tiada di dalam senarai penyakit kritikal. 


Pampasan pampasan dan medical card adalah 2 manfaat yang berbeza. Ia bergantung kepada kehendak pelanggan semasa membuat permohonan dan bergantung juga kepada bajet pelanggan. Sebab ini saya boleh katakan lain orang lain polisinya dan lain manfaat yang mereka ada. 

Biasanya ejen akan meletakan basic benefit(Kematian dan Hilang Upaya Kekal) dan medical card dalam satu polisi. Lain lain pampasan akan ikut kehendak pelanggan. 


Ramai juga antara kita sering kali mendapat panggilan daripada telemarketing tidak kira la samada dari  bank, syarikat Takaful Insurans sendiri (jika ada) atau daripada syarikat tertentu yang menawarkan pelan perlindungan yang cukup murah ini. 

Polisi PA bermaksud ''Personal Accident'' atau kemalangan diri. 

Polisi PA adalah salah satu pelan perlindungan yang dibentuk untuk  memberi perlindungan kepada anda sekiranya perkara perkara seperti kematian, hilang upaya kekal atau dimasukkan ke hospital disebabkan oleh kemalangan sahaja


Kebanyakan polisi PA hanya berbentuk pampasan seperti pampasan kematian, pampasan hilang upaya kekal, pampasan hilang anggota badan dan pampasan bantuan bayaran balik kos rawatan disebabkan kemalangan.   





Pelanggan telah mengambil Takaful Insurans sejak 5 tahun lepas. Pada tahun ini beliau telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dan disahkan menghidap kanser stage 4. Apakah perlindungan yang akan beliau perolehi. 

1. Kos rawatan di hospital akan dibayar oleh pihak insuran ke hospital dengan menggunakan manfaat Medical card power berdasarkan kepada kelayakan di dalam pelan tersebut. Dan 

2. Oleh kerana pelanggan telah disahkan menghidap kanser stage 4 (Penyakit Kritikal), pihak insurans akan membayar pampasan penyakit kritikal sebanyak RM 50,000 penuh. 


Apa akan jadi sekiranya selepas itu, pelanggan meninggal dunia?

Pihak insurans akan membayar pampasan kematian kepada waris sebanyak RM 100,000 penuh.




Pelanggan telah mengambil Takaful Insurans sejak 5 tahun lepas. Pada tahun ini beliau telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dan disahkan menghidap kanser stage 4. Apakah perlindungan yang akan beliau perolehi. 

1. Oleh kerana pelanggan telah disahkan menghidap kanser stage 4 (Penyakit Kritikal), pihak insurans akan membayar pampasan penyakit kritikal sebanyak RM 50,000 penuh. Dengan duit pampasan penyakit kritikal ini boleh la pelanggan guna untuk bayar kos rawatan di hospital. 


Apa akan jadi sekiranya selepas itu, pelanggan meninggal dunia?

Pihak insurans akan membayar pampasan kematian kepada waris sebanyak RM 100,000 penuh.



Pelanggan telah mengambil Takaful Insurans sejak 5 tahun lepas. Pada tahun ini beliau telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dan disahkan menghidap kanser stage 4. Apakah perlindungan yang akan beliau perolehi. 

1. Kos rawatan di hospital akan dibayar oleh pihak insuran ke hospital dengan menggunakan manfaat Medical card power berdasarkan kepada kelayakan di dalam pelan tersebut. Dan 

2. Oleh kerana pelanggan telah disahkan menghidap kanser stage 4 (Penyakit Kritikal), pihak insurans tidak akan membayar apa apa pampasan berkaitan pemyakit kritikal kerana tiada manfaat penyakit kritikal dalam polisi Takaful Insurans yang diambil pelanggan. 

Apa akan jadi sekiranya selepas itu, pelanggan meninggal dunia?

Pihak insurans akan membayar pampasan kematian kepada waris sebanyak RM 100,000 penuh.



Pelanggan telah mengambil Takaful Insurans PA sebulan lepas. Baru baru ini pelanggan telah kemalangan jalan raya. Apakah perlindungan yang akan beliau perolehi. 

1. Pelanggan boleh mendapatkan rawatan kemalangan di klinik atau hospital. Kos rawatan kemalangan tersebut boleh dituntut dari syarikat Takaful Insurans sehingga maximum RM 10,000 sahaja.  

2. Sekiranya kemalangan tadi telah menyebabkan berlaku hilang upada kekal, pelanggan tersebut boleh membuat tuntutan pampasan hilang upaya kekal sebanyak RM 100,000. Dan jika kemalangan tadi menyebabkan kematian, waris pelanggan tadi boleh membuat tuntutan pampasan kematian daripada syarikat Takaful Insurans.  


Sekiranya pelanggan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan demam denggi, adakah beliau layak untuk membuat tuntutan kos rawatan. 

TIDAK LAYAK kerana polisi PA hanya melindungi perkara perkara yang disebabkan atau melibatkan KEMALANGAN SAHAJA. Selain daripada itu tiada manfaat yang boleh dituntut.    


JOM MOHON TAKAFUL INSURANS SEKARANG
KLIK : NAK APPLY TAKAFUL INSURANS