CLAIM : SESAK NAFAS, KAKI TAK RASA APA DAN TANGAN MACAM KENA STROKE

CLAIM SESAK NAFAS, KAKI TAK RASA APA DAN TANGAN MACAM ORANG KENA STROKE



Itulah yang dialami oleh seorang client. Sesak nafas, kaki tak rasa apa apa dan tangan macam orang kena stroke. Kejadian semasa client saya sedang dalam perjalanan memandu waktu malam. Nak dipendekkan cerita bernasib baik tidak jauh dari rumah famili dan sempat membuat panggilan kecemasan kepada famili.

Dari segi kesihatan client saya ini seorang yang sihat, muda bawah 35 tahun dan BMI yang cukup baik. Sepanjang 10 tahun melanggan insurans dibawah seliaan saya, inilah kali pertama client saya ini mengalami sakit. Sakit pula bukan la yang jenis biasa biasa, tengok kepada symptom tu macam nak kena seranggan jantung atau stroke atau mungkin membawa kepada penyakit yang serius. 

Selepas dapat menghubungi famili, client dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapat rawatan segera. Selapas beberapa jam dirujuk ke klinik, client masih tidak berpuas hati kerana semakin merasa sesak nafas. Lalu terus rujuk ke hospital berdekatan. Selepas menerima rawatan kecemasan di Emergency Department hospital, client disarankan oleh doctor yang merawat supaya ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Ikutkan kepada saranan doktor yang merawat, client akan di tahan di wad selama 3 hari. Tetapi selepas hari ke 3, bacaan darah masih tidak memuaskan. Terpaksa la client bermalam lagi 2 malam di hospital. Selepas itu client dibenarkan keluar hospital. 


Berdasarkan kepada final diagnosis doktor client saya ini mengalami 3 keadaan kesihatan.

  1. Herpesviral
  2. Pheumonia
  3. Sinusitis

Sebenarnya banyak lagi info yang anda boleh baca Klik Di Sini

Jika nak tanya lagi boleh WhatsApp Di Sini