CLIENT 33 TAHUN BUANG BATU HEMPEDU
Sumber gambar hasil carian di Google
Ini kes seorang client saya. Perempuan berumur 33 tahun. Muda lagi.
Pada 30 April client ada WhatsApp bertanyakan kepada saya mengenai claim berkaitan Outpatient. Selepas menerangkan apa yang boleh claim berkaitan outpatient, client memberi tahu hal yang sebenarnya.
Client saya mengadu sakit perut kepada doctor, tapi selepas pemeriksaan ada punca lain kepada sakit perut yang dihadapinya. Ini membuatkan doktor membuat ujian Ultrasound.
Selepas keputusan ujian ultrasound keluar doktor mendapati terdapat batu dalam hempedu dan client dikehendaki menjali pembedahan di KPJ Shah Alam bagi mengeluarkan batu hempedu tersebut.
Ikutkan client telah masuk ke KPJ Shah Alam menggunakan medical card company tempat bekerja. Setelah buat semakan, medical card tersebut hanya cover sehingga RM18,000 sahaja untuk kes kemasukan ke hospital.
Disebabkan bimbang bil caj hospital terlalu tinggi dan medical card company tidak mencukupi, client terpaksa ubah fikiran untuk menggunakan medical card sendiri yang diambilnya dengan saya sejak 5 tahun lalu.
Setelah hampir 7 hari berada di KPJ Shah Alam untuk menjalani pembedahan membuang batu hempedu, client akhirnya dibenarkan pulang.
Jumlah bil adalah sebanyak RM 23,356.39
Client dikehendaki membayar sebanyak RM374.80.
RM304.80 adalah caj tambahan harga bilik.
RM 6.40 untuk ID Band
RM 63.30 untuk pendaftaran.