CLAIM : ACCIDENT TIME KERJA HANTAR BARANG

CLAIM ACCIDENT TIME KERJA HANTAR BARANG



Ini client saya kerja sebagai penghantar barang. Waktu kejadian tu memang dalam perjalanan ke warehouse untuk mengambil tempahan. 

Semasa dalam perjalanan, ketika melepasi terowong laluan motorsikal , client saya dirempuh oleh motorsikal lain dari arah belakang. Jatuh dan kemudian sedar tiba tiba sudah di atas katil hospital kerajaan di Shah Alam. Client dibawa menggunakan ambulan ke hospital. 

Selepas tersedar, baru client maklumkan kepada saya.

Semasa dirawat, doktor di Jabatan Kecemasan mengesahkan client mengalami patah tulang lengan atas. Doktor mencadangkan untuk buat pembedahan implan besi. Pembedahan dicadangkan lagi seminggu. 

Memandangkan client sudah tidak dapat menahan sakit, client meminta untuk discharge dan rujuk ke hospital swasta supaya pembedahan dapat dilakukan segera. 





Keesokan harinya client dirujuk ke hospital panel. Selesai mendaftar, client ditempatkan di dalam wad dan pembedahan memasukan besi implan telah berjalan dengan jaya keesokan hari. 




Kos rawatan yang dicaj oleh hosptal RM 25, 841




Bersambung……….