CLAIM TERKENA PAKU DAN LUKA SEHINGGA BERNANAH
Untuk claim kali ini, kisah seorang anak client saya yang terlibat dalam aktiviti sukan sekolah. Semasa beraksi untuk sukan lompat jauh, tidak tahu bagaimana ia berlaku. Tak tahu macam mana ketika landing tangan kiri terkena paku kasut SPIKE.
Luka panjang dan dalam. Cikgu di sekolah sempat beri rawatan kecemasan dengan hanya mencuci luka tersebut dan balut.
Sampai waktu petang, bahagian tangan yang luka kelihatan membengkak dan anak client mula rasa macam hendak demam. Anak client terus dirujuk ke klinik berdekatan kerana bimbang jika ada jangkitan.
Doctor yang merawat dapatai luka agak dalam dan telah bernanah. Doctor hanya dapat mencuci luka tersebut tetapi tidak dapat membuat jahitan kerana susah bernanah. Kemudian doktor balut dan perlu datang 2 hari berikutnya untuk pastikan luka kering.
Hari kedua doctor cuci sekali lagi luka yang telah kering dan anak client tidak perlu lagi datang untuk rawatan selanjutnya.
Caj yang dikenakan oleh pihak klinik yang merawat berjumlah RM 270.00. Rawatan pertama RM200 dan rawatan kedua RM70.
Selepas buat claim, claim approved.
Nota Tambahan: Untuk manfaat Accident Medical Reimbursemen (AMR) tuntutan boleh dibuat sekiranya untuk kos atau caj yang dikenakan bagi tujuan rawatan disebabkan oleh kemalangan kecil yang tidak memerlukan kemasukan di hospital.
Selain daripada kemalagan jalan raya, ia juga melindungi kemalangan kecil yang lain seperti terjatuh di dapur rumah, terjatuh ketika bermain basikal, terjatuh ketika bersukan, tangan terkena minyak panas, terjatuh dalam toilet sehingga bengkak, terpotong jari ketika siang ikan dan lain lain. Rawatan akibat kemalangan tersebut mestilah perlu dari segi perubatan.
AMR ni biasanya sudah terdapat di dalam manfaat medical atau dalam manfaat yang berasingan.
Sebagai tambahan juga, untuk kategeri sukan ada juga sukan sukan yang tidak dilindungi Takaful Insurans. Sukan sukan yang berisiko tinggi.