INFO ASAS : JENIS MANFAAT DALAM TAKAFUL INSURANS
Ramai dikalangan kita sudah memilik pelan Takaful Insurans masing-masing. Tidak kurang juga ramai yang sedang mencari pelan terbaik untuk mereka.
Mungkin selesai membaca posting ini, anda diluar sana serba sedikit dapat menambah ilmu dan sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk memahami manfaat yang ada.
Di sini saya kongsikan SECARA RINGKAS berkenaan jenis manfaat yang ada dalam pelan Takaful Insurans. Tanpa saya menggunakan bahasa perkataan-perkataan yang terlalu teknikal yang sering digunakan dalam Takaful Insurans, supaya anda lebih mudah untuk menerima dan memahami. Mungkin di kalangan ejen sudah biasa dengan perkataan seperti endowment, standalone, investment linked policy, cash value, rider, lapse dan sebagainya.
Saya kategorikan manfaat yang ada kepada 3. Ini antara yang biasa kita semua dengar dan yang biasa orang tanya.
Pertama, pampasan.
Yang kedua, medical card.
Dan yang ketiga, Personal Accident (PA)
.
Kita mulakan dengan pampasan. Biasa kita dengar pampasan kematian, pampasan hilang upaya kekal, pampasan penyakit kritikal, pampasan kemalangan dan banyak lagi. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan pampasan ini?
Pampasan adalah sejenis manfaat yang mana pihak Takaful Insurans membayar sejumlah wang mengikut nilai manfaat pampasan yang layak. Maksud dekat sini, pihak insurans akan memberi wang kepada orang yang dilindungi/ waris.
Contohnya pampasan kematian, pampasan hilang upaya kekal, pampasan penyakit kritikal, pampasan kemalangan dan lain lain.
.
Yang kedua, medical card. Ini yang ramai akan cari. Secara mudahnyaa medical card ini digunakan bila mana pelanggan memerlukan rawatan dalam hospital. Pihak Takaful Insurans akan menanggung perbelanjaan perubatan yang layak.
Maksudnya di sini pelanggan akan mendapat manfaat dari rawatan perubatan yang diterima akibat penyakit di hospsital. Pihak hospital pula akan dibayar oleh pihak Takaful Insurans untuk bayaran caj rawatan perubatan yang diberikan kepada pelanggan. Duit tersebut akan di salurkan/ dibayar terus ke hospital untuk menampung kos rawatan.
.
Personal Accident atau PA. Ada masa tertentu kita akan dihubungi oleh mereka yang menawarkan pelan Takaful Insurans tertentu dan boleh dilanggan secara atas talian sahaja.
Sebenarnya pelan Takaful Insurans yang mereka tawarkan lebih kepada pelan Personal Accident(PA). PA ini lebih menjurus kepada manfaaat perlindungan berkaitan kemalangan sahaja. Senang cerita apa-apa sahaja manfaat yang ditawarkan di dalam PA, syaratnya ialah segalah musibah yang berlaku mesti disebabkan oleh kemalangan. Baru lah pihak Takaful Insurans membayar atau menanggung manfaat yang ada.
Adakah semua manfaat ada dalam satu polisi Takaful Insurans?
Ya atau tidak, perlu rujuk dengan lebih terperinci polisi Takaful Insurans masing masing.
Penting untuk anda semua faham setiap manfaat supaya anda tahu mana keperluan yang perlu didahulukan atau diutamakan. Jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen.
Boleh cari saya.
Semoga bermanfaat.
#Takaful #Insurans #MedicalCard #Ejen #hibah #hibahtakaful