INFO ASAS : PROSES GL LAMBAT

PROSES GL LAMBAT





Mana mana pengguna atau pemegang polisi Insurans Takaful yang mempunyai manfaat 'medical card' pasti akan menggunakannya apabila berlaku kemasukan ke hospital. Namun kad tersebut adalah sebagai perantara bagi memudahkan pemegang polisi mendapat manfaat berkaitan perubatan di hospital.

Sememangnya ramai yang tidak tahu bagaimana proses menggunakan kad perubatan tersebut diproses.



Berikut saya terangkan serba sedikit bagaimana langkah demi langkap proses dibuat untuk kemasukan dan pelepasan keluar hospital mengunakan 'medical card'.

Di sini, anda perlu tahu dimana proses kemasukan dan pelepasan keluar hospital akan melibatkan 2 Guarantee Letter (GL). Satu 'Initial GL' sewaktu kemasukan dan satu lagi 'Final GL' untuk pelepasan keluar hospital.

Setiap kemasukan ke hospital mesti mendapat kedua-dua GL tersebut dari syarikat Takaful Insurans untuk memastikan anda mendapat perlindungan perubatan yang telah diluluskan.


Proses kemasukan 'Admission'

  1. Doktor melengkapkan borang LAPORAN PERUBATAN BAHAGIAN I.
  2. Pastikan anda membawa kad pengenalan diri sebagai pengesahan.
  3. Klien perlu membaca dan menandatangani borang Deklarasi & Kebenaran.
  4. Hospital akan faks borang Laporan Perubatan Bahagian I dan borang Deklarasi & Kebenaran ke syarikat Insurans Takaful.
  5. Syarikat Insurans Takaful akan mengeluarkan 'Initial GL' kepada hospital selepas ia diluluskan.


Proses pelepasan 'Discharge'

  1. Doktor melengkapkan borang LAPORAN PERUBATAN BAHAGIAN II pula dan sediakan bil terakhir oleh hospital.
  2. Hospital akan faks Laporan Perubatan Bahagian II dan bil terkahir ke syarikat Insurans Takaful.
  3. Selepas diteliti dan diluluskan, syarikat Insurans Takaful akan mengeluarkan 'Final GL' ke hospital.
  4. Hospital akan menerima 'Final GL' tersebut dan klien perlu mengesahkan dan menandatangani bil akhir.
  5. Klien boleh keluar hospital.

Kebiasaannya proses ini tidak mengambil masa terlalu lama. Hospital mengambil masa 1 jam untuk menyediakan dan melengkapkan segala borang yang diperlukan dan faks/email ke syarikat Insurans Takaful. Manakala syarikat Insurans Takaful mengambil masa 1 jam juga untuk proses meluluskan GL setelah semua borang lengkap diterima daripada pihak hospital. Jumlah masa yang diperlukan lebih kurang 2 jam.

Ada keadaan keadaan tertentu proses mengeluarkan 'Initial GL' dan 'Final GL' tersebut mungkin mengambil masa yang terlalu lama. Berdasarkan pengalaman saya ini disebabkan oleh perkara berikut yang mungkin boleh berlaku. 

  1. Laporan perubatan yang disediakan oleh pihak Doktor tidak lengkap. Ada beberapa maklumat penting yang tidak diisi dengan sempurna.
  2. Pihak Doktor terlupa untuk sertakan laporan makmal.
  3. Laporan Perubatan Bahagian I dan Laporan Perubatan Bahagian II tidak sama. Bercanggah.
  4. Ada 'requirement' lain yang diminta oleh pihak Insurans Takaful jika laporan perubatan yang disediakan menimbulkan ragu ragu pihak Insurans Takaful.
  5. Bil terkahir tidak lengkap.
  6. Tidak kurang juga kesilapan kakitangan bagi kedua dua belah pihak dalam melakukan kesilapan kecil. 'Human error'.
  7. Jika kemasukan ke hospital adalah pada waktu malam, kebiasaannya proses memohon 'Initial GL' akan dilakukan oleh pihak hospital pada keesokan harinya.
  8. Proses permohanan 'Final GL' biasanya yang mengambil masa lama kerana ia melibatkan banyak jabatan/pihak di hospital seperti doktor (laporan perubatan) , Jabatan Insurans (proses), Jabatan Pembayaran (bil), dan lain lain yang berkaitan.

Di sini peranan Perunding Takaful Insurans amat penting untuk membuat 'follow up' samada hospital mahupun syarikat Insurans Takaful itu sendiri.


Deposit

Berkenaan dengan deposit bayaran yang mana perlu dibayar oleh pemegang polisi sebelum masuk ke hospital. Untuk makluman, deposit tersebut adalah sebagai pra syarat yang dikenakan oleh pihak hospital kepada pesakit sebelum menerima rawatan di hospital berkenaan. Ada juga hospital tidak mengenakan bayaran deposit tersebut. Deposit sekitar RM300 ke RM500 sahaja.

Deposit ini adalah untuk menanggung segala perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh pihak Insurans Takaful seperti perbelanjaan bukan berkaitan perubatan. Antaranya pendaftaran, tag nama/ID, astro dan lain lain yang diluar dari 'package medical card'.

Deposit ini juga akan dipulangkan semula kepada pemegang polisi sewaktu pelepasan keluar hospital. Deposit dipulangkan berdasarkan kepada baki selepas di tolak perbelanjaan tadi.

Di perkongsian lain saya akan kongsikan pula berkenaan 'Mengapa GL Declined?"

Sebarang pertanyaan lain boleh berhubung dengan saya Klik Di Sini untuk Tanya GL


Maklumat ini juga anda perlu baca Waiting Period dan Takaful Insurans Tak Cover