INFO ASAS : TAKAFUL INSURANS TAK 'COVER'

TAKAFUL INSURANS TAK 'COVER'





Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai perkara perkara yang tidak dilindungi oleh pihak Takaful Insurans. Atau dalam sesuatu polisi ia dipanggil Pengecualian.


Ini yang biasa kita dengar;

"insurans ni semua tipu, time nak masuk mulut manis, bila nak claim macam macam dia punya alasan."


Dalam polisi Takaful Insurans semestinya akan ada terma dan syarat yang menjadi kontrak polisi. Antara terma dan syarat itu ada bahagian yang dipanggil 'Pengecualian', yang mana terdapat perkara perkara tertentu yang tidak akan dilindungi oleh Syarikat Takaful Insurans.

Untuk pengetahuan anda semua semua Syarikat Takaful Insurans menggunakan klausa Pengecualian yang lebih kurang sama. Atau lebih tepat sebenarnya sama cuma penggunaan ayat yang mungkin berbeza sahaja.

Saya senaraikan disini contoh berkaitan Pengecualian untuk kemasukan ke hospital bagi tujuan perubatan untuk mana mana Pemegang Polisi Takaful Insurans yang mempunyai manfaat kad perubatan.



Kad Perubatan tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj-caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya oleh salah satu kejadian berikut:


1. Penyakit sedia ada.

2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh perlindungan 120 hari yang pertama.
- Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
- Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
- Semua penyakit telinga, hidung dan tekak
- Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
- Endometriosis termasuk penyakit melibatakan sistem pembiakan
- Gangguan spina vertebro dan penyakit lutut

3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula, kecuali kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, Lasik dan penggunaan alat prostetik dan perubatan.

5. Penyakit-penyakit pergigian termasuk rawatan atau pembedahan oral pada gigi asli kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.

6. Pembedahan eksperimen atau prosedur-prosedur elektif disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan, pembedahan atau penyakit.

7. Penjagaan peribadi, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, AIDS, HIV, semua penyakit kelamin yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

8. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keadaan sejak lahir termasuk penyakit keturunan.

9. Rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan mengandung atau bersalin dan komplikasi, jagaan pranatal atau postnatum kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil dan, keguguran, menggugurkan kandungan, apa-apa kaedah kawalan kelahiran kontraseptif, rawatan berkaitan ketaksuburan atau disfungsi erektil dan impoten.

10. Pemeriksaan perubatan rutin, kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan/ pengimejan diagnostik yang tidak berkaitan dengan hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan, ubat atau pemeriksaan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan atau pencegahan secara amnya dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan seperti sleeve gastrectomy.

11. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

12. Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh sebarang tindakan peperangan, pelanggaran mana-mana atau cubaan melanggar undang-undang atau untuk menentang penangkapan, penyertaan secara langsung dalam rusuhan, mogok dan kekecohan awam.

13. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear atau apa-apa bahan nuklear.

14. Belanja yang ditanggung oleh penderma atau orang yang dilindungi untuk menderma mana-mana organ tubuh dan semua kos pemerolehan organ dan komplikasinya.

15. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan, terapi penggantian hormon, sel induk, terapi oksigen hiperbarik, perundingan dan rawatan penjagaan kaki, khidmat kiropraktik, terapi aroma dan apa-apa rawatan pilihan yang lain.

16. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana pengendali Insurans Takaful lain atau tanggung rugi yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

17. Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk.

18. Perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan termasuk dan tidak terhad kepada televisyen, telefon, perkhidmatan jalur lebar, bil elektrik, radio atau kit kemasukan kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil.

19. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan, sukan berbahaya, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang, atau pesawat komersil berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi pada laluan berjadual tetap.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks atau tranformasi jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu.

22. Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan atau caj-caj yang ditanggung selepas Tarikh Tamat Tempoh.


Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang hanya tertera di atas dan anda perlu merujuk dokumen polisi untuk maklumat lanjut.

Pengecualian ini boleh dicari di bahagian Takrifan, Pengecualian dan Syarat-syarat dokumen polisi.

Selain daripada apa yang tersenai di atas, ada juga pengecualian pengecualian lain yang mungkin dinyatakan di dalam polisi yang mana pengecualian tersebut hanya untuk pemegang polisi tertentu sahaja.






Selain itu, di dalam polisi Takaful Insurans juga ada dinyatakan tentang "CONTESTABLE PERIOD". 

Contestable Period ini saya jelaskan secara ringkas, bermaksud sekiranya berlaku sesuatu dalam tempoh kurang 2 tahun sijil berkuatkuasa yang mana membolehkan syarikat Takaful Insurans melakukan siasatan ke atas tuntutan yang dibuat.

Ini boleh terjadi bila mana menimbulkan persoalan di pihak syarikat Takaful Insurans sekiranya ada salah nyata yang di lakukan di peringkan permohonan Takaful Insurans dibuat.  


Saya berharap perkongsian saya ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca untuk mengetahui serba sedikit tentang perkara yang tidak akan dilingungi oleh pihak Takaful Insurans.


Anda juga boleh klik dan baca berkaitan Waiting Period Takaful Insurans


Klik Nak Takaful Insurans Cover