CLIENT DI JOHOR MASALAH SLIPPED DISC
Sumber gambar dari hasil carian di Google
Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang client saya di Johor. Ini adalah kes kedua saya di Johor dalam masa 6 bulan berkenaan client saya yang menghadapi masalah slip disc.
Serba sedikit tentang client saya ini. Client seorang lelaki dan berumur 29 tahun. Muda lagi. Tidak merokok dan bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital kerajaan di Johor.
Mula mengambil pelan Takaful Insurans dengan saya bermula November 2015. Setakat tahun 2020 ini sudah 6 tahun menjadi client dibawah kendalian saya tanpa ada sebarang claim sebelumnya.
Pada hari kejadian, beliau ada menghantar pesanan whatsApp kepada saya meceritakan apa yang terjadi dan meminta nasihat daripada saya berkenaan proses kemasukan ke hospital.
Client memberi tahu kepada saya apa yang terjadi melalui WhatsApp
Beliau mengalami masalah sakit belakang di bahagian pinggang yang teramat sangat sehingga sukar untuk bangun. Sudah 2 hari mengalami sakit dan tidak sembuh.
Saya dimaklumkan bahawa ini kejadian kali yang ke 2, sebelum ini pernah terjadi sekali setahun yang lalu.
Client beritahu sudah mendaftar masuk ke hospital.
Berdasarkan kepada pengalaman saya sebelum ini memang ada client yang pernah memgalami symptom penyakit yang sama. Iaitu slip disc.
Client pun telah refer ke KPJ Johor Specialist Hospital pada keesokkannya. Di sini pihak hospital akan menyediakan document berkaitan untuk request GL daripada syarikat Takaful Insurans. Disini saya memainkan peranan sebagai ejen dengan membuat follow up GL antara syarikat Takaful Insurans dan hospital.
Client memberitahu tentang prosedur yang akan dilakukan oleh doctor ke atasnya.
Setelah membuat MRI, doctor mencadangkan kepada client untuk melakukan Lumbar Percutaneous Injection.
Caj rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital adalah sebanyak RM19,083.80
Pihak hospital telah mengenakan caj rawatan untuk 3 hari 2 malam berjumlah RM19,083.80. Dan client perlu membayar sebanyak RM87.50.
Caj RM87.50 ini adalah 'non medical item' yang mana ianya tidak ditanggung oleh Takaful Insutrans.
Boleh baca di sini berkenaan perkara yang tidak ditanggung oleh Takaful Insurans Klik Takaful Insurans Tak Cover.
RM 18,996.30 telah dibayar sepenuhnya oleh syarikat Takaful Insurans kepada pihak hospital.
Semoga dengan perkongsian saya ini memberi manfaat kepada para pembaca.