CLAIM SYARIKAT BUAT SIASATAN
Kes claim kena siasat ini tengok juga. Tidak semua kes. Biasanya melibatkan kes-kes yang serius yang boleh menimbulkan keraguan dan tanda tanya di pihak Takaful Insurans. Dikuathiri sekiranya ada perkara-perkara yang sepatutnya didedahkan tetapi tidak dimaklumkan semasa permohonan Takaful Insurans dibuat dahulu.
Sebab itu tidak hairan jika seseorang ejen itu bersungguh-sungguh bertanya semasa berjumpa bakal client mereka lagi-lagi melibatkan medical history sekiranya ada.
Antara perkara yang sering terjadi yang menyebabkan syarikat Takaful Insurans membuatan siasatan sebagaimana contoh di bawah.
Contoh. Polisi ngam-ngam lepas 120 hari wating period. Tapi doctor detect ada cyst sebesar dalam badan.
Contoh. Polisi baru setahun, tetapi dan nak kena buat operation.
Contoh. Polisi dan lepas 2 rahun, tetapi referral letter dari doctor clinic mengatakan, penyakit tersebut sudah 6 tahun lepas atau sejak 6 tahun lepas sudah ada tanda-tanda (symptoms).
Sebab tidak semua penyakit boleh berlaku dalam masa singkat. Kecuali perkara perkara yang disebabkan oleh kemalangan.
Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, harap anda semua membaca dan fahamkan dahulu antara pengecualian yang ada di dalam polisi Insurans Takaful yang menjadi kontrak antara syarikat dan client. Boleh baca Klik Di Sini
Saya ada client yang mana syarikat membuat siasatan berkaitan sejarah perubatan client.
Seorang client saya dirujuk kepada pihak hospital oleh sebuah clinic. Client diberikan Referral Letter untuk dibawa bersama ke hospital.
Semasa menerima rawatan di Emergency Department hospital, pihak hospital juga telah memulakan proses permohonan GL kemasukan dengan pihak Takaful Insurans.
Selepas pihak Takaful Insurans meneliti permohonan GL dari hospital, pihak Takaful Insurans telah mengeluarkan "Decline GL". Pihak Takaful Insurans memberi sebab bahawa sakit yang dirujuk ke hospital oleh clinic telah wujud beberapa tahun malah sebelum client memohon Takaful Insurans.
Berdasarkan kepada borang permohanan Takaful Insurans yang dibuat, memang tiada sejarah perubatan yang dinyatakan dalam borang seperti mana yang dimaklumkan kepada saya.
Untuk memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak, pihak Takaful Insurans telah melakukan siasatan. Antaranya yang diminta oleh pihak syarikat;
1. Laporan sejarah perubatan client oleh clinic yang mengeluarkan Referral Letter tersebut.
2. Laporan perubatan oleh doctor yang merawat berkaitan penyakit yang dihadapi oleh client sekarang.
3. Laporan sejarah perubatan client oleh doctor di clinic yang biasa dilawati.
4. Soalan yang perlu dijawab oleh client berkaitan penyakit yang dihadapi.
Bersambung.............................................